Kesemua 2,100 ketua kampong di empat negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang meletak jawatan baru-baru ini akan diserapkan semula dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Pada peringkat permulaan ini, seramai 817 ketua kampong dan 11,438 ahli JKKK di Perak telah meletak jawatan masing-masing berkuat kuasa 1 Mei ini dan mereka akan berurusan terus dengan kementerian saya tanpa melalui kerajaan negeri.Kita, Barisan Nasional sebuah kerajaan yang bertanggongjawab. Dari segi nama jawatan saya belum putuskan lagi tapi berkemungkinan akan dikenali sebagai Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) seperti cadangan Persatuan Ketua Kampung Perak baru-baru ini.Serentak itu, kementerian akan berurusan terus dengan mereka dalam melaksanakan projek pembangunan yang disalurkan Kerajaan Persekutuan di kampung masing-masing. Apa ada masalah kerana kerajaan pusat masih dibawah pemerintahan Barisan Nasional.
Tidak ada apa yang perlu dirisaukan oleh JKKK di empat negeri ini. Malah soal elaun RM400 sebulan yang diterima oleh ketua-ketua kampung, elaun mesyuarat JKKK serta elaun lain yang diberikan kepada mereka sebelum ini juga akan dibayar seperti biasa tetapi terus kepada mereka dan tidak melalui kerajaan negeri.
Detail perkara ini akan dibawa dalam mesyuarat cabinet akan dating.
Malah, kementerian itu juga sedang mengkaji kemungkinan menaikkan jumlah elaun sedia ada memandangkan ketua kampung terbabit tidak lagi akan menerima elaun antara RM50 hingga RM200 yang lazimnya dibayar oleh kerajaan negeri.
Kementerian bertanggongjawab walaupun soal perletakan jawatan ini bukan dibuat oleh kementeriannya tetapi atas permintaan dan kehendak ketua kampung sendiri yang berasakan agak sukar untuk bekerja di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat, pihak kementerian mengambil tanggongjawab ini.
Mereka terutama ketua kampung di Perak ada pendirian yang jelas iaitu berdiri teguh dan sokongan sebulat suara terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN)
Di Selangor, walaupun mereka menggunakan pendekatan berbeza setakat ini tetapi sudah menyatakan sokongan kepada kerajaan Persekutuan, begitu juga dengan Pulau Pinang dan Kedah yang difahamkan akan mengikut langkah diambil Perak.
Kewujudan jawatan JPPP ini tidak akan berlaku pertindihan tugas dengan ketua-ketua kampong yang dilantik oleh kerajaan negeri. JPPP akan bekerja di bawah kerajaan Persekutuan manakala ketua kampung dilantik kerajaan negeri bertugas untuk negeri masing-masing.Bagi kita, ketua kampung di empat negeri ini hanya satu iaitu yang dilantik oleh kerajaan Pusat kerana mereka sudah menyandang jawatan itu sejak berpuluh tahun lalu, berpengalaman luas dalam pentadbiran kampung dan pengaruh yang sudah kukuh.
Jadi, mereka amat diperlukan untuk melaksanakan projek pembangunan di luar bandar dan kita tidak akan membabitkan ketua kampung yang dilantik kerajaan negeri.
1 comment:
salam.
Tahniah kerana berjaya memecahbelah orang kampong . Kini semua kampong di 5 negeri ada dua ketua kg.Tak lama lagi buat masjid lain pulak biar melayu sesama melayu berpecah.Kalau dulu kata PAS memecahbelah oarang ramai sekarang UMNO dah ikut.
Lagi satu tolong periksa sapa yang bayar yuran UMNO , ahli atau ketua Cawangan, jangan sampai tertipu oleh ketua Cawangan dan Bahagian.
Semak senarai ahli. Ada yang 20 tahun tak bayar yuran masih ahli. sedangkan ahli tersebut telah menjadi ahli parti lain dan tak pernah bayar yuran pun.
Samaada ketu Cawangan atau ketua bahagian yang bayar.
Post a Comment